Selasa, 16 Juni 2009

INILAH PRINSIP DAKWAH KAMI

1. Kembali kepada Al Qur'an dan As-Sunnah An-Nabawiyah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih Radhiyallahu ‘Anhum sebagai pengamalan firman Allah 'Azza wajalla,

وَمَنْ يُشَاقِقِ الرَّسُولَ مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُ الْهُدَى وَيَتَّبِعْ غَيْرَ سَبِيلِ الْمُؤْمِنِينَ نُوَلِّهِ مَا تَوَلَّى وَنُصْلِهِ جَهَنَّمَ وَسَاءَتْ مَصِيراً
“Dan barangsiapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya. dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mu'min, Kami biarkan ia leluasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu dan Kami masukkan ia kedalam Jahannam, dan Jahannam itu seburuk-buruknya tempat kembali. (Qs. An-Nisaa: 115)

Dan juga sebagai implementasi dari firman Allah Ta'ala:

فَإِنْ آمَنُوا بِمِثْلِ مَا آمَنْتُمْ بِهِ فَقَدِ اهْتَدَوْا وَإِنْ تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا هُمْ فِي شِقَاقٍ فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Maka jika mereka beriman kepada apa yang kamu telah beriman kepadanya, sungguh mereka telah mendapat petunjuk; dan jika mereka berpaling, sesungguhnya mereka berada dalam permusuhan (dengan kamu). Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. (Qs. Al Baqarah: 137)

2. Tashfiyah / mensucikan kehidupan kaum muslimin dari noda-noda kesyirikan dalam berbagai bentuknya, memperingatkan dari bid'ah yang mungkar dan pemikiran-pemikiran batil yang menyusup ke dalam tubuh kaum muslimin, membersihkan sunnah nabi dari riwayat-riwayat dha'if dan palsu yang mengotori kemurnian islam dan menghambat kemajuan kaum muslimin demi menunaikan amanah ilmiyah seperti sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

يَحْمِلُ هَذَا الْعِلْمَ مِنْ كُلِّ خَلَفٍ عُدُوْلُهُ يَنْفُوْنَ عَنْهُ تَحْرِيْفَ الْغَالِيْنَ وَانْتِحَالَ المْبُطْلِيْنَ وَتَأْوِيْلَ الجْاَهِلِيْنَ
“Agama ini dibawa pada setiap penerusnya oleh orang-oang adilnya, mereka melenyapkan penyimpangan orang-orang yang melampau batas dan tipu daya para pengekor kebatianl serta menghilangkan takwilnya orang-orang jahil”.

Juga sebagai realisasi firman Allah Ta'ala :

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَى وَلا تَعَاوَنُوا عَلَى الْأِثْمِ وَالْعُدْوَانِ
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”. (Qs. Al Maidah: 2)

3. Membina kaum muslimin di atas agama mereka yang haq, mengajak mereka untuk mengamalkan hukum-hukum agama islam dan berhias diri dengan keutamaan dan akhlak islam. Yang demikian akan memberikan jaminan untuk mendapatkan ridha Allah dan merealisasikan kebahagian dan keluhuran. Itu semua merupakan bentuk perwujudan sifat yang Allah sematkan terhadap kelompok yang selamat dari kerugian,

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
“Dan mereka saling mewasiatkan dengan kebenaran dan kesabaran”. (Qs. Al Ashar: 3)

Dan juga sebagai ketundukan terhadap perintah Allah Ta'ala,

وَلَكِنْ كُونُوا رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

“Akan tetapi (dia berkata):"Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Alkitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya”. (Qs. Ali Imran: 79)

4. Menghidupkan metode ilmiyah yang islami dan benar dengan bimbingan Al Qur'an dan As-Sunnah di atas manhaj Salafush Shalih, dan melenyapkan kebekuan taqlid madzhab serta membuang fanatik hizbi (kelompok) yang membelenggu akal kebanyakan kaum muslimin. Serta mewujudkan ukhuwah islamiyah diatas akidah dan manhaj Ahlus Sunnah sebagai pelaksanaan terhadap firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلا تَفَرَّقُوا (آل عمران:103)

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai”. (Qs. Ali Imran: 103)



Dan sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam:

كُوْنوُاْ عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً
“Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”.



5. Tidak memprovokasi kaum muslimin untuk melawan pemerintahnya meski mereka lalim, tidak melalui minbar-minbar khutbah atau pun melalui sarana-sarana lainnya, karena yang demikian menyelisihi sunnah Salafus Shalih, juga sebagai aplikasi dari sabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَنْصَحَ لِذِيْ سُلْطَانٍ فَلاَ يُبْدِيْهِ عَلاَنِيَةً وَلْيَأْخُذْ بِيَدِهِ فَإِنْ سَمِعَ مِنْهُ فَذَاكَ وَإِلاَّ كَانَ أَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ
“Barangsiapa ingin menasihati penguasa maka janganlah menampakkannya terang-terangan di hadapan massa, namun gaetlah tangannya (yakni dengan empat mata / rahasia), jika dia mau mendengar maka itulah (yang diharapkan), jika tidak mau mendengarnya maka dia telah menunaikan kewajibannya”.

Inilah prinsip dakwah kita.

Antara Adab Menuntut Ilmu (Nasehat Syaikh Albani)

بسم الله الرحمن الرحيم
ANTARA ADAB MENUNTUT ILMU

OLEH SYAIKH AL-ALBANI

Kata Syaikh selepas membacakan khutbah hajah :
Ternyata perlunya setiap masa memikirkan tentang sebahagian sunnah-sunnah dan adab-adab Islam yang tidak diketahui dan tidak diamalkan. Kami telah mengingatkan banyak kali di dalam majlis-majlis ini iaitu sesungguhnya majlis ilmu mempunyai adab-adab. Diantara adab-adab tersebut ialah tidak boleh (duduk) berteraburan di dalam majlis ilmu. (Adapun) kita duduk seperti ini sebagaimana yang sesuai atau disenangi oleh setiap seorang dari kita…ini bukanlah sekali-kali adab menuntut ilmu. Ini merupakan keadaan duduk di kedai kopi dan kelab-kelab. Seorang datang…yang mana dia tidak datang ke majlis tersebut melainkan untuk merehatkan jiwanya –menurut dakwaan mereka- atau berhibur atau kerana perkara yang lain. Dia bebas untuk duduk di mana saja dan bagaimana yang dia suka.
Adapun majlis ilmu, ia mempunyai adab. Saya telah menyebutkan kepada kamu banyak kali hadis Abi Sa’labah Al-Khusyari yang berkata : Apabila mereka bermusafir bersama Nabi dan singgah di satu tempat mereka berpecah di lembah-lembah dan celah-celah bukit. Pada suatu hari mereka bermusafir dan singgah di sebuah wadi lalu mereka berpecah sebagaimana yang biasa mereka lakukan dahulu. (Keadaan) berpecah ini menggambarkan kepentingan peribadi yang mana setiap orang daripada mereka memilih tempat yang sesuai untuk dirinya. Yang mempunyai teduhan contohnya. Mereka berpecah sebagaimana kebiasaan mereka. Apabila Nabi melihat (keadaan mereka yang bertaburan tersebut) maka Nabi berkata :
انما تفرقكم هذا من عمل الشيطان
“Sesungguhnya perpecahan kamu ini merupakan sebahagian daripada kerja syaitan”
Ertinya sesungguhnya berpecahnya kamu di lembah dan celah-celah bukit merupakan kerja syaitan. Kata Abu Sa’labah : ‘lalu kami selepas peristiwa tersebut apabila singgah di satu tempat, kami duduk berhimpun sehingga apabila kami duduk di atas sehelai hamparan nescaya ianya mencukupi’.
Majlis yang paling berhak untuk dijaga adab-adab ini-adab berkumpul- adalah majlis ilmu. Saya tidak mahu memanjangkan percakapan tentang menyatakan rahsia dan hikmah perkumpulan yang ditunjukkan oleh hadis ini. Namun begitu saya nyatakan secara umum…sesungguhnya yang zahir (lahiriyah) merupakan alamat bagi yang batin (dalaman). Pada setiap perkara yang mana umat Islam berpecah pada zahirnya maka pada perpecahan ini mengandungi kesan yang buruk terhadap batin mereka. Lahiriyah mempunyai hubungan yang amat kuat dengan dalaman. Kita mempunyai dalil yang amat banyak. Namun begitu mencukupi dengan petunjuk ringkas ini. Perpecahan tubuh badan tersebut membawa kepada perpecahan hati. Ini merupakan hakikat yang dijelaskan oleh syara’. Kita mempunyai dalil bagi perkara ini. Mencukupi sekarang dengan selingan ini.
Sumber: sahab.net

Nasehat Ulama Tentang Gerakan Dakwah

بسم الله الرحمن الرحيم
Nasihat Syaikh Soleh Fauzan Tentang Kemunculan Banyak Gerakan Dakwah Dan Kemasukkan Aliran Yang Berbagai-bagai.
Nasihat kami supaya berjaga-jaga dengan kemunculan aliran ini. Hendaklah menumpukan kepada tanggungjawab menuntut ilmu daripada ahlinya. Menuntut ilmu yang bermanfaat daripada ahli ilmu yang dipercayai dan dikenali sama ada di sekolah-sekolah rasmi, di maahad, fakulti-fakulti(1) atau di masjid atau halakah-halakah ilmu. Hendaklah menumpukan kepada tanggungjawab menuntut ilmu dan berjaga-jaga daripada belajar dengan buku dan pembacaan kitab semata-mata. Ini kerana pada masa sekarang telah wujud orang yang tidak pergi kepada ulama, tidak duduk bersama ulama, tidak belajar sama ada di pengajian rasmi atau tidak rasmi. Bahkan dia merasa cukup dengan membaca kitab, kemudian menonjolkan dirinya kepada manusia seolah-olah dia seorang alim yang mempunyai lautan ilmu. Dia berfatwa dan bercakap sedangkan dia lebih jahil daripada keldai peliharaannya.
(1) Hal ini hanya sesuai bagi situasi yang ada di sekolah-sekolah dan universiti di Saudi sahaja kerana di sana tidak ada kemungkaran seperti ikhtilat, pembelajaran ilmu-ilmu yang merosakkan seperti ilmu kalam, falsafah dan sebagainya-penterjemah.
Sumber : sahab.net

Manhaj Salaf

Sebelum anda mengikuti suatu metode atau jalan, maka salah satu yang harus anda ketahui adalah; arti, maksud atau tujuan dari perkara tersebut, dan salah satu sebab kebingungan seseorang bisa dikarenakan, tidak mengetahui jalan mana yang harus ditempuh atau bisa juga dia berjalan tanpa tujuan yang jelas atau bisa juga dia berjalan tanpa disertai adanya suatu petunjuk yang benar, apalagi sekarang ini begitu banyak jalan atau metode orang-orang dalam mengajak dan mengadakan perbaikan umat.